Sunday, September 27, 2009

ALWAYS AND FOREVER

Here is a message sent your way -cause¿
I¿ve been thinking of you today,
letting you know how special you are -for you are a special friend by far.
May you walk in the sunshine bright -and find some joy to your delight,know that our friendship will not sever -for the bond we share, is always and forever.
If you should need me any time today -you know that I¿m not far away,just a phone call or email will do -cause¿ I am always here for you.
You are special and have always been -someone to treasure as a friend.In times when we can¿t be together -you¿re still on my mind, always and forever.
So, keep on smiling in your heart -nothing could ever pull us apart.If, for some reason I¿m not here -just close your eyes and say a prayer.
Don¿t let the little things bog you down -God will always be around.Be at peace and don¿t doubt, never -that we are friends always and forever!

Kaedah Menangani Tekanan Kerja Cara Islam

Kaedah
Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.’Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 28 maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.’Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, ‘al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda’ (riwayat Bukhari).Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar ‘warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama’ dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.
Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya.Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: “(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku.” Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.

Saturday, September 26, 2009

Doa untuk ahli kubur



Dalam suatu hadis dikatakan: “Sungguh ada seorang hamba yang tercatat sebagai anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya ketika mereka masih hidup, kemudian keduanya meninggal, tetapi ia tidak melaksanakan apa yang mereka tinggalkan dalam agamanya dan tidak memohonkan ampunan untuk mereka, maka Allah azza wa jalla mencatatnya sebagai anak yang durhaka. Ada juga seorang hamba yang tercatat sebagai anak yang durhaka kepada kedua orang tuanya dan tidak berbakti kepada mereka ketika mereka masih hidup, tetapi setelah mereka meninggal ia melaksanakan apa yang mereka ditinggalkan dalam agamanya, dan memohonkan ampunan untuk mereka, maka Allah azza wa jalla mencatatnya sebagai anak yang berbakti.” (Al-Kafi 2: 163, hadis ke 21)Di antara kebaikan yang terpenting bagi kedua orang tua dan seluruh kerabat yang telah meninggal adalah menunaikan perintah agama yang mereka tinggalkan saat hidupnya, melepaskan mereka dari hak-hak Allah dan mahluk-Nya, mengqadha’ apa yang mereka tinggalkan, haji dan seluruh ibadahnya, dengan cara membayar atau bersedekah.Dalam riwayat yang shahih dikatakan bahwa Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) melakukan shalat untuk anak-anaknya setiap malam dua rakaat, dan untuk kedua orang tuanya setiap hari dua rakaat; pada rakaat yang pertama setelah Fatihah membaca surat Al-Qadar, dan rakaat kedua surat Al-Kautsat. (Al-Bihar 82: 63)Umar bin Yazid berkata bahwa Imam Ja’far Ash-Shadiq (as) melakukan shalat untuk puteranya setiap malam dua rakaat, dan untuk orang tuanya setiap siang hari dua rakaat.” Kemudian aku bertanya kepadanya: Mengapa shalat untuk anak dilakukan di malam hari? Beliau menjawab: Karena permadani untuk anakku. (At-Tahdzib 1: 467, hadis ke 178)Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Sesungguhnya seorang mayat yang berada dalam himpitan kubur, kemudian Allah meluaskan kuburnya dan memberikan kurnia kepadanya. Lalu dikatakan kepadanya: Kamu diringankan dari himpitan kubur kerana solat Fulan saudaramu untukmu. Kemudian ditanyakan kepada Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa): Bolehkah solat dua rakaat itu untuk dua orang? Beliau menjawab: Boleh.Selanjutnya beliau berkata: “Sesungguhnya seorang mayyit, ia merasakan bahagia akibat kasih sayang yang dihadiahkan kepadanya dan permohonan ampunan untuknya, sebagaimana orang yang hidup bahagia dengan hadiah yang diberikan kepadanya. (Al-Faqih 1: 117, hadis ke 554)Rasulullah saw bersabda: “Masuklah pada mayyit di kuburnya shalat, puasa, haji, sedekah, kebajikan, dan doa; dan pahalanya dicatat untuk orang yang melakukan dan juga untuk mayyit. (A-Faqih 1: 117, hadis ke 557)Rasulullah saw juga bersabda: “Barangsiapa dari kalangan muslimin yang melakukan amal soleh untuk orang yang telah meninggal, Allah melipatgandakan pahala baginya dan dengannya memberi manfaat pada orang yang telah meninggal.” (Al-Faqih 1: 117, hadis ke 556)Dalam suatu riwayat dikatakan: Jika seseorang bersedekah dengan diniatkan untuk orang yang telah meninggal, Allah memerintahkan kepada malaikat Jibril agar datang membawa seribu malaikat ke kuburnya, dan masing-masing malaikat membawa tempat makanan dan berkata: “Salam atasmu wahai kekasih Allah, ini hadiah dari Fulan bin Fulan untukmu.”“Kemudian bercahayalah kuburnya, dan Allah memberikan kepadanya seribu kota di surga, mengawinkannya dengan seribu bidadari, memberinya seribu pakaian yang

mimpi anak soleh

Mimpi Abu QilabahSeorang yang bernama Abu Qilabat telah bermimpi ada kubur-kubur pecah di kawasan perkuburan. Dari kubur-kubur itu keluar mayat. Semua mayat kelihatan bercahaya pada wajahnya kecuali seorang. Mayat yang wajahnya tidak bercahaya itu adalah jiran Abu Qilabat ketika hidup dahulu.Abu Qilabat pun berkata kepada mayat itu, “Aku tidak nampak cahaya di wajahmu seperti yang lain-lain.” “Mereka ada anak-anak dan teman yang berdoa serta bersedekah. Anakku tidak mendoakan aku dan tidak bersedekah untukku.” Kata mayat itu.Keesokan harinya, Abu Qilabah pun mencari anak jirannya itu. Dia menceritakan mimpi itu kepadanya. Anak jiran Abu Qilabat pun segera menyedari kesilapannya. Semenjak ayahnya meninggal dunia memang dia tidak pernah berdoa dan bersedekah. Dia berasa bersalah apabila mendengar cerita Abu Qilabah.Semenjak hari itu, dia sentiasa beribadat, berdoa, dan bersedekah untuk ayahnya yang sudah meninggal dunia. Dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.Selepas beberapa lama Abu Qilabah bermimpi lagi. Kali ini dia melihat ada cahaya pada wajah mayat yang dahulu tidak bercahaya. Malah cahaya itu lebih terang daripada mayat lain.Semoga kisah ini menjadi satu teladan kepada kita semua. Bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa yang hidup, berbaktilah dengan apa jua cara sekalipun. Bukan bermakna dengan memberi kesenangan material sahaja, sebab ibu bapa kita bukanlah mengharapkan sumbangan RM sahaja, namun kasih sayang anak dan keprihatinan kita untuk mereka. Luangkanlah masa mengunjungi ibu bapa di kampung, dan kalau tak dapat menziarahi mereka, selalu lah berhubung dengan telefon. Segala kemudahan sedia ada di sekeliling kita, hanya menunggu tindakan dari kita sendiri untuk berbuatnya.

Wednesday, September 16, 2009

kebahgiaan dunia dan akhirat

Siapa yang tidak menginginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, kita semua tentu menginginkannya. Hanya yang perlu untuk kita pertanyakan bagaimana cara untuk meraih keduanya. Sementara, kita yakini bersama bahwa Islam adalah agama yang ajarannya universal (menyeluruh). Islam satu-satunya agama yang mendapatkan legitimasi (pengakuan) dari Sang Pemiliknya Jalla Sya’nuhu.Islam adalah agama yang rahmatan lil alamiin. Tidak didapatkan satu ajaranpun dalam Islam yang merugikan para pemeluknya, tidak ditemukan satu prinsip pun dalam Islam yang mencelakakan para penganutnya. Tetapi pada kenyataannya banyak kalangan yang hanya menitikberatkan perhatiannya pada dunia dan bagaimana cara untuk mendapatkannya.Padahal Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya, “Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridloannya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS Al Hadid: 20).“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang mereka telah usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (QS Huud: 15-16).Para pembaca -yang semoga dirahmati Allah-, petunjuk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah sebaik-baik petunjuk. Siapa yang mengambilnya ia akan bahagia dan yang meninggalkannya akan celaka. Allah berfirman, “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa adzab yang pedih.” (QS An Nuur: 63).Terbukti generasi yang bersamanya, yakni generasi para sahabat meraih gelar terbaik umat ini, karena mereka mengambil petunjuknya. Itulah mereka para sahabat yang telah berhasil meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Bagaimana tidak, sedang mereka mendapatkan bimbingan tauhid selama kurang lebih 13 tahun hingga akhirnya mereka memiliki landasan yang kokoh dalam kehidupannya.Oleh karena itu, tauhid itulah sebagai landasan yang menghantarkan seseorang kepada kebahagiaan yang sebenarnya. Sebab mentauhidkan Allah adalah tujuan diciptakannya manusia. Allah berfirman, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (QS Adz Dzariyaat: 56). Ibnu Katsir berkata: makna “ya’buduun” dalam ayat ini adalah “yuwahhiduun” (mentauhidkan Allah). Al Imam Al Baghowi menyebutkan dalam tafsirnya bahwa Ibnu Abbas RA mengatakan: “Setiap perintah beribadah dalam Al Qur’an maka maknanya adalah tauhid.”
Para pembaca -yang semoga dirahmati Allah-, bagaimana tidak dikatakan bahwa tauhid sebagai landasan yang akan menghantarkan seseorang kepada kebahagiaan dunia dan akhirat, sedangkan Allah meridloi ahli tauhid. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Sesungguhnya Allah meridloi kalian tiga perkara: kalian beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, berpegang teguh dengan tali Allah semuanya dan jangan bercerai berai, dan memberikan nasihat kepada orang yang Allah jadikan pemimpin atas urusan-urusan kalian.” (HR Muslim dari Abu Hurairoh).Itulah tauhid, tauhid adalah sebagai jalan untuk mendapatkan dua kebahagiaan tersebut, sebab dengan menegakkan tauhid berarti menegakkan keadilan yang paling adil. Sementara tujuan Allah mengutus rasul-Nya dan menurunkan kitab-Nya adalah supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Allah berfirman, “Sesungguhnya kami telah mengutus rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyatam dan telah kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.” (QS Al Hadiid: 25).Tauhid sebagai landasan meraih kebahagiaan dunia dan akhirat karena keamanan serta petunjuk di dunia dan akhirat hanya akan dicapai oleh para ahli tauhid. Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezhaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS Al An’aam: 82). Berkata Ibnu Katsir pada ayat ini: “Yaitu mereka yang memurnikan ibadahnya untuk Allah saja dan tidak berbuat kesyirikan dengan sesuatu apapun, mereka mendapatkan keamanan pada hari kiamat dan petunjuk di dunia dan akhirat.”Jadi memang tauhidlah yang akan menghantarkan kepada kebahagiaan yang hakiki. Karena khilafah di muka bumi serta kehidupan yang damai, aman, dan sentosa berbangsa dan benegara hanya akan diraih melalui tauhid. Allah berfirman, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang sholih, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi.Sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridloinya untuk mereka. Dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, semula mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS An Nuur: 55).


Para pembaca -yang semoga dirahmati Allah-, ahli tauhid mereka orang-orang yang akan mendapatkan jaminan surga dari Allah. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa yang bertemu Allah dalam keadaan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, ia akan masuk surga. Dan barangsiapa yang bertemu dengan-Nya dalam keadaan menyekutukan-Nya, ia akan masuk neraka.” (HR Muslim dari Jabir bin Abdillah). Ahli tauhid mereka orang-orang yang akan berbahagia dengan syafa’atnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam. Abu Hurairoh bertanya kepada Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam, “Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafa’atmu?” Beliau menjawab, “Orang yang mengatakan ‘laa ilaaha illallah’ ikhlas dari lubuk hatinya.” (HR Bukhori dari Abi Hurairoh).Ahli tauhid mereka orang-orang yang terjaga dan terpelihara darah dan hartanya. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak untuk diibadahi secara benar kecuali Allah dan bahwa Muhammad itu utusan Allah, menegakkan sholat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukannya, mereka terjaga dariku darahnya dan hartanya kecuali dengan hak-hak Islam, dan perhitungannya atas Allah.” (HR Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar).Demikianlah para pembaca -kaum muslimin- tauhid adalah rahasia kebahagiaan dunia dan akhirat, karena yang pertama kali diwajibkan atas seorang hamba adalah tauhid. Allah berfirman, “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan kami wahyukan kepadanya bahwasanya tidak ada Ilah yang hak melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” (QS Al Anbiyaa: 25).Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam berkata kepada sahabat Muadz bin Jabal radhiallahu ..anhu ketika beliau mengutusnya ke negeri Yaman, “Sesungguhnya engkau akan mendatangi kaum dari Ahli Kitab. Jika Engkau mendatanginya maka serukanlah kepada mereka supaya mereka bersaksi bahwa tidak ada ilah -yang berhak untuk diibadahi- kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah…” (HR Bukhori Muslim dari Ibnu Abbas radhiallahu ..anhu).Imam Al Hafizh Al Hakami mengatakan, “Kewajiban pertama atas hamba, mengenal Ar Rahmaan (Allah) dengan tauhid.” Dan tauhid juga yang menjadi kewajiban terakhir atas seorang hamba, ketika menjelang kematiannya Abu Tholib, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam datang menemuinya dan berkata, “Wahai paman, ucapkanlah ‘laa ilaaha illallah’, kalimat yang menjadi hujjah untukmu di sisi Allah…” (HR Bukhori Muslim dari Sa’id ibnul Musayyab dari bapaknya (Musayyab)).Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam juga bersabda, “Barangsiapa yang akhir ucapannya ‘laa ilaaha illallah’, ia akan masuk surga.” Semoga Allah memberikan taufiq kepada yang dicintai dan diridloinya. Amin ya Mujibas sailiin.
AL-QURAN adalah kalam Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw, pembawa amanat yang jujur dan tanggungjawab. Al-Quran yang dibawanya mengandungi undang-undang dan petunjuk bagi umat Islam dalam mengatur tujuan hidup dan kehidupan sejagat.Firman Allah bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu adalah) Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan salah...” - (Surah al-Baqarah, ayat 185).Apakah al-Quran? ‘Quran’ menurut pendapat yang paling kuat seperti dikemukakan Dr Subhi Al Salih bererti ‘bacaan,’ asal kata qara’a. Kata al-Qur’an berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul iatu maqru’ (dibaca).Dalam al-Quran ada pemakaian kata ‘Quran’ seperti dalam ayat 17 dan 18, Surah al-Qiyaamah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. Kerana itu jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikut bacaannya.”Kemudian dipakai kata ‘Quran’ untuk al-Quran yang dikenal sekarang ini.Ada pun definisi al-Quran adalah: “Kalam Allah yang juga mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.’Dengan definisi ini, kalam Allah yang diturunkan kepada nabi selain Nabi Muhammad tidak dinamakan al-Quran seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Injil (Nabi Isa). Dengan demikian pula, Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadah seperti hadis Qudsi, tidak pula dinamakan al-Quran.
Bagaimanakah al-Quran diwahyukan? Nabi menerima wahyu dengan pelbagai cara dan keadaan, antaranya:# Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya.Dalam hal ini, Nabi Muhammad tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya. - (Surah Asy Syuura, ayat 51).# Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang lelaki yangmengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.# Wahyu datang kepadanya seperti gemerincingnya loceng.Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi. Kadang-kadang pada keningnya keluar peluh walaupun ketika wahyu itu turun pada musim sejuk yang teruk.Ada kalanya, unta yang Baginda tunggang terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun.# Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki seperti keadaan di atas, tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli. Hal ini disebut dalam ayat 13 dan 14 Surah an-Najm.Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu adalah:# Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya ia diturunkan sekali gus secara banyak. Hal ini disebutkan oleh Bukhari dan riwayat Aisyah.# Antara ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahan pada waktu itu. Perkara ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh).# Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku akan lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.# Memudahkan penghafalan.Orang musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran ayat 32, Surah al-Furqan. “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus?”Dijawab dalam ayat itu sendiri: “Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.”# Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan. Perkara ini seperti dikatakan oleh lbnu ‘Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau al-Quran diturunkan sekali gus.

Tuesday, September 15, 2009

kegelapan and cahaya

Dari Abu Bakar Assidiq RAPERTAMAKegelapan dunia dan cahayanya adalah Taqwa Dunia ini gelap, disana lautan kemaksiatan yang bergumal dalam kegelapan nafsu syahwat menjadikan dunia ini semakin pekat. Kegelapan itu akan menjadikan sekian manusia lupa dan jauh dari nilai-nilai Islam.KE-DUAKegelapan dosa dan cahayanya adalah taubat Dosa itu adalah kegelapan yang mampu menghalangi kita untuk meraih kenikmatan bermunajat kepada AllahKE-TIGAKegelapan kuburan cahayanya adalah La Illa Ha Illallah Muhammadarrosulullah Kuburan adalah tempat terakhir dari jasad kita setelah kematian menghampiri kita, gelar lmarhum/mah telah melekat dalam diri kita. Tempat itu adalah rumah yang tidak berpintu dan berjendela. Gelap, pengap, kotor, sempit, bau, dan penuh dengan cacing dan binatang dalam tanah.KE-EMPATKegelapan Akhirat cahayanya adalah amal sholeh akherat itu gelap apabila kita hadir kedalamnya tanpa bekal yang memadai.KE-LIMAKegelapan sirath cahayanya adalah imanSirath adalah jembatan yang menghubungkan masyar dengan syurga, di bawah sirath terbentang neraka yang menyala. Tidak semua manusia mampu melewatinya, hanya manusia dengan bekal yang cukup yang mampu melewatinya dengan selamat

zikir

“Setiap sesuatu itu bertasbih memuji-Nya,

akn tetapi kamu tidak dapat memahami cara mereka bertasbih” (al-Isra’:44)

* Bunyi burung-burung itu merupakan doa dan pujian kepada penciptanya…
* Desiran dedaunan kayu ketika dihembus angin adalah tasbih yang ditujukan kepada Allah…
* Bunyi ombak di pantai itu pun merupakan satu cara mereka membesarkan, memuji, dan mengagungkan Allah…
* Hembusan angin yang tidak henti-hentinya menyapu seluruh penghuni bumi merupakan caranya mendekatkan diri kepada Allah…
* Kilat yang sabung-menyabung itu merupakan luapan rindunya kepada pencipta alam…
* Suara guruh itu merupakan tangisan kerana takut kepada Allah…

Semua yang ada di alam ini merupakan majlis zikir, masing-masing memuji dan mengagung-..agungkan Allah menurut cara dan kebolehannya

hadapi kesukaran

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Pengasih…bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaykum wbt..Salam ukhuwwah wa mahabbah buat sahabat smua..
Bertemu kerna Allah kita jua di sini..subhanallah..maha suci ALLAH..terlalu banyak dosa yang hamba lakukan..terima taubatku ya ALLAH..Allahuakbar..selamat beribadat dan bermuhasabah sahabat2..yang baik itu segalanya dr ALLAH..dan yg buruk itu dari diri ana sndiri..salam mawaddah...B
AGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlahkesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) danbertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "-Surah Al-Imran ayat 200"Danmintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dansesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orangyang khusyu', "-Surah Al-Baqarah ayat 45Ya Allah ana mohon dan berdoa kepadaMU sembuhkanlah penyakit orang yang ana sayang.ana tak sanggup melihat dia menahan kesakitan hari-hari.tak terkira air mata ana yang jatuh Ya Allah.sesungguhnya ana hamba yang lemah.Di dalam cahayamu TuhanKu harap petunjukmuDi dalam sinaran purnamaKu mohon keampunanMoga terlerai segala dosa-dosakuMogaku jadi hamba yang bersyukur

MAYAT

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... ..
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Monday, September 7, 2009

tips untuk suami mithali

1. Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, bergaya dan wangi. Cuba tanya bila kali terakhir anda membeli baju tidur? Seperti mana suami suka isterinya kelihatan cantik, begitu juga si isteri. Ingatlah RasulAllah saw sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi.2. Gunakan panggilan manja kepada isteri. RasulAllah pun menggunakan nama panggilan kepada isteri baginda. Siti Aisyah digelar humairah (kemerah-merahan). Tapi ingat! Jangan gunakan nama panggilan yang menyinggung perasaan isteri. Sebagai contoh, gunakanlah perkataan 'yang', 'sayang', 'dear' dan sebagainya.3. Jangan layan isteri anda seperti lalat. Kita tak pernah berrfikir tentang lalat sehinggalah ia mengganggu kita. Begitulah dengan isteri yang bersusah payah seharian melakukan kerja dengan baik tetapi suami tak ambil peduli sehinggalah ia 'mengganggu' barulah suami nak sedar. Sebaik-baiknya fokuskan kepada apa-apa yang isteri telah lakukan dengan baik. Puji isteri dan sebagainya.4. Jika suami melihat sesuatu yang tak kena pada isteri, cuba diamkan sahaja. Jangan banyak komen. Ini adalah salah satu cara RasulAllah.5. Senyum pada isteri dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. RasulAllah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walau pun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu).6. Berterima kasih dalam apa saja yang isteri lakukan pada anda. Seperti berterima kasih kerana isteri sediakan makanan harian, basuhkan pakaian dan lain-lain. Janganlah asyik komen misalnya, masakan tawar dan sebagainya.7. Minta isteri menuliskan 10 perkara terbaik yang anda telah buat isteri gembira. Kemudian buatlah semula 10 perkara tersebut. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa yang isteri suka. Jadi sentiasalah bertanya pada isteri. Tak payah meneka atau agak-agak.8. Janganlah mengambil remeh atas kemahuan isteri. Diriwayatkan salah seorang isteri baginda saw, Safiyyah ra, menangis kerana RasulAllah menaikkannya di atas unta yang perlahan. RasulAllah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta lain.9. Berjenaka dan bermain-main serta bergurau-senda dengan isteri. RasulAllah saw pernah berlumba lari dengan Siti Aisyah ra di padang pasir.10. Ingatlah hadis nabi yang bermaksud: "org yang terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya"Sebagai kesimpulan: Jadi cubalah menjadi suami yang sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya perkahwinan anda berjaya.

hak sesama islam

Seorang muslim dengan muslim lainnya adalah saudara, persaudaraan yang dipersatukan oleh ikatan akidah. Kehidupan para sahabat telah menunjukkan betapa kuat ikatan ini, kehidupan yang penuh dengan cerita indah tentang keikhlasan dalam berbagi dan saling mencintai. Betapa jauh dengan realitas kita saat ini yang lebih banyak dipenuhi oleh aroma individu dan jauh dari nilai-nilai ukhuwah. Padahal, sesama muslim memiliki hak yang harus kita penuhi dan kita tunaiakan.Berikut hak-hak sesama muslim sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin:1. Engkau mengucapkan salam kepadanya saat bertemu,memenuhi undangannya, menjawab bersinnya, menjenguknya jika sakit, menghadiri jenazahnya saat meninggal dunia, memberikan bagiannya, memberinya nasihat jika dia meminta nasihat, menjaga dirinya saat dia berjauhan, mencintai bagi dirinya apa yang engkau cintai bagi dirimu, membenci bagi dirinya apa yang engkau benci bagi dirimu. Semua perkara ini banyak disebutkan dalam atsar.2. Engkau tidak boleh menyakiti seorang muslim, dengan perkataan atau perbuatan, bertawadhu' kepada sesama muslim, tidak menyombongkan diri di hadapannya, tidak menggunjing orang lain di hadapannya dan tidak mendengarkan gunjingannya.3. Jangan menghindarinya lebih dari tiga hari, yang didasarkan kepada hadits yang cukup masyhur. Dalam hadits lain disebutkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, dari Nabi Shalallahu alaihi wa salam, beliau bersabda,"Tidak diperbolehkan bagi orang Mukmin untuk menghindari orang Mukmin lainnya lebih dari tiga hari. Jika sudah lebih dari tiga hari lalu dia bertemu dengannya, maka hendaklah dia mengucapkan salam kepadanya. Jika dia menjawab salamnya, maka keduanya bersekutu dalam pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, maka yang mengucapkan salam terbebas dari dosa menghindarinya." (riwayat Al-Bukhary dan Abu Daud)4. Berbuat baik kepada siapa pun orang muslim menurut kesanggupannya, tidak memasuki tempat tinggalnya kecuali setelah perkenannya dan meminta izin tiga kali sebelum masuk. Jika tidak ada jawaban, maka dia harus kembali.5. Memperlakukan orang lain dengan akhlak yang baik dengan cara-cara tersendiri. Jika bertemu orang bodoh, maka dia perlu diberi ilmu. Jika bertemu orang yang suka bercanda, dia harus diberi pengertian. Jika bertemu orang yang lamban daya pikirnya, maka dia diberi penjelasan.6. Menghormati orang tua, menyayangi anak kecil, menghadapi siapa pun dengan wajah berseri, memenuhi janji, tidak mendatangkan kepadanya kecuali apa yang seperti dia sukai.Al-Hasan berkata, "Allah mewahyukan empat kalimat kepada Adam seraya berfirman, 'Di dalam empat kalimat itu terdapat keterpaduan urusan bagi-Ku dan bagi anakmu; satu bagi-Ku dan satu lagi bagimu, satu antara Aku dan antara dirimu, dan satu lagi antara dirimu dan makhluk. Ynag menjadi milik-Ku: Hendaklah kamu menyembah-Ku dan tidak menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku. Yang menjadi milikmu: Amalmu akan kuberi balasan lebih banyak dari apa yang kamu butuhkan. Yang antara Aku dan kamu: Hendaklah kamu berdoa dan Aku pasti mengabulkannya. Yang antara dirimu dan makhluk: Hendaklah kamu memperlakukan mereka dengan sesuatu yang kamu sukai, seperti yang mereka sukai terhadap dirimu'."7. Lebih menghormati orang yang lebih terpandang.
8. Menciptakan perdamaian di antara manusia dan menutupi aib sesama muslim. Ketahuilah bahwa siapa yang memperhatikan tutupan Allah terhadap orang-orang yang durhaka, tentu bisa meraba seberapa jauh kelembutan Allah dalam masalah ini. Sebab Allah menetapkan empat saksi yang dapat dipercaya dalam perbuatan zina, dan mereka benar-benar harus menyaksikannya dengan mata kepala sendiri. Tentu saja ini bukan perkara yang gampang. Maka kehormatan yang dijaga di dunia ini juga harus dipertimbangkan untuk akhirat.9. Menghindari tempat-tempat yang bisa menimbulkan tuduhan yang tidak-tidak, untuk menjaga hati manusia agar mereka tidak berburuk sangka dan agar mereka tidak menggunjingnya.10. Memintakan bantuan untuk orang muslim yang memerlukan bantuan kepada orang yang berkedudukan, hingga kebutuhannya bisa terpenuhi.11. Mengucapkan salam terlebih dahulu di hadapan orang lain sebelum membicarakan urusan apa pun sambil mengulurkan tangan untuk berjabat tangan. Diriwayatkan dari Anas Radhiyallahu Anhu, dari Nabi Shalallahu Alaihi wa Salam, beliau bersabda,"Tidaklah dua orang muslim saling bertemu lalu salah seorang di antara keduanya menjabat tangan temannya, melainkan ada hak atas Allah Azza wa Jalla untuk mengabulkan doa mereka berdua dan tangan mereka berdua tidak terlepas hingga Dia mengampuni mengampuni dosa mereka." (HR Ahmad dan Al-Bazzar)Tidak ada salahnya mencium tangan orang yang lebih terpandang dalam agamanya atau saling berpelukan. Sedangkan memegang tali kekang hewan yang ditumpangi ulama karena hendak menghormatinya, juga pernah dilakukan Ibnu Abbas terhadap Zaid bin Tsabit. Berdiri untuk menyambut orang yang layak dihormati juga biak. Tapi membungkukkan badan termasuk perbuatan yang dilarang.12. Menjaga kehormatan saudaranya sesama muslim, diri dan hartanya agar tidak dizhalimi orang lain, serta membelanya.13. Jika saudaranya mendapat gangguan dari orang jahat, maka dia harus membantu dan membelanya. Muhammad bin Al-Hanafiyah berkata, "Tidak layak disebut orang bijaksana jika dia tidak berusaha membela orang yang diperlakukan dengan cara tidak baik, hingga Allah memberinya jalan keluar."14. Tidak banyak bergaul dengan orang-orang yang kaya dan hendaknya lebih banyak berbagul dengan orang-orang miskin serta berbuat baik kepada anak-anak yatim.15. Menjenguk orang muslim yang sakit, dengan memperhatikan adab-adabnya, seperti meletakkan tangan di tempat yang sakit, menanyakan keadaannya, menunjukkan rasa belas kasihan, mendoakan kesembuhannya dan tidak memandang bagian-bagian yang tidak boleh dipandang.Orang yang sakit sendiri dianjurkan untuk bertindak seperti riwayat Muslim dari Utsman bin Abul-Ash Radhiyallahu Anhu, bahwa dia mengadu kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi wa sallam rasa sakit yang dideritanya semenjak dia masuk Islam. Maka beliau bersabda kepadanya,"Letakkanlah tanganmu pada bagian yang sakit dari tubuhmu, lalu ucapkanlah, 'Bismillah', tiga kali, dan ucapkan tujuh kali, 'Aku berlindung dengan keperkasaan dan kekuasaan Allah dari kejahatan yang kudapatkan dan yang kuwaspadai." (HR Muslim)Adab lain yang harus diperhatikan orang yang sakit ialah sabar, tidak banyak mengaduh dan mengeluh, banyak berdoa dan tawakal kepada Allah.16. Menghadiri jenazah orang muslim yang meninggal dunia dan mengikutinya hingga ke kuburan. Maksud menghadiri jenazah ini ialah memenuhi hak orang-orang muslim dan sebagai pelajaran bagi mereka.Sedangkan maksud ziarah kubur ialah berdoa bagi mereka yang sudah meninggal, mengambil i'tibar dan mendidik hati.Adapun adab mengiring jenazah ialah berjalan dengan hati yang khusyu', tidak berbicara, memperhatikan mayat, memikirkan tentang kematian dan bersiap-siap untuk menghadapinya.

Penurunan Al-Quran (nuzul al-Quran)



PENGENALAN
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati Dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada Kita secara mutawatir, pasti Dan qat’i Dan ditulis mashaf yang Hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi Kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran Dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya Dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran. Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

Ramadhan Rahmat

BULAN Ramadan adalah bulan rahmat.
Biasa sangat kita sebut perkataan rahmat ada orang yang faham dan ada juga yang tidak faham. Kesempatan bulan rahmat ini mari kita sama menyelami makna rahmat.
Dalam bahasa Arab makna rahmat antaranya lembut hati, lembutnya laksana tanah yang lembut mudah menyerap air dan kemudian membekalkannya kepada tumbuhan untuk hidup dan subur.
Begitulah bandingannya orang yang mendapat rahmat hati yang lembut menjadi subur menerima benih iman kemudian tumbuh daripadanya pokok takwa yang buahnya ialah ibadat dan amal soleh serta akhlak terpuji.
Rahmat juga bermaksud melakukan kebaikan lebih banyak daripada apa yang kita dapat. Orang yang mendapat rahmat ialah orang yang pandai bersyukur.
Orang yang mendapat rahmat mereka bukan sahaja berbuat baik kepada orang berbuat baik kepadanya malah berbuat baik juga kepada mereka yang berjahat.
Perkataan rahmat disebut sebanyak 113 kali dalam al-Quran dan tujuan kedatangan rasul “rahmatan lil alamin”.
Hati yang dapat rahmat ialah hati yang menyintai Allah.
Bila Allah sudah dicintai segala suruhan-Nya akan mudah dilakukan. Kan begitu orang kalau dah bercinta yang seronok memang seronok malah yang kurang seronok pun akan jadi seronok.
Solat jadi seronok, puasa walaupun laparnya luar biasa tetapi dilakukan dengan tabah. Itulah tanda dapat rahmat.
Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran. Dalam al-Quran perkataan rahmat juga sering kali sangat digandingkan dengan al-Quran.
Jadi, untuk mendapat rahmat juga dengan mendampingi al-Quran dengan membaca, meneliti, memahami kemudian melaksanakannya.
Bagaimanalah hendak dapat rahmat kalau baca pun tidak suka, kalau baca pun banyak salah. Jika baca betul, belum tentu faham. Kalau faham, tafsirnya pula tidak tahu. Sudah faham ayat tetapi kadangkala tidak buat pula.
Tanda lain untuk dapat rahmat ialah mereka yang berbuat baik pada dua ibu bapa. Caranya ialah mentaati perintahnya, gembirakan mereka berdua, tunaikan segala hajatnya selagi mampu, penuhi keperluannya jangan sekali menyakitinya, malah sentiasa berdoa semasa hidupnya atau matinya.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Redha Allah akan bersama dengan redha ibu bapa.”
Pendek kata rahmat ialah segala kebaikan dan daripada kebaikan itu lahirlah ketaatan. Di bulan yang mulia ini marilah beramal dengan sebaiknya agar bila berlalu sahaja Ramadan kita mendapat takwa yang merupakan mercu tanda ikhlas.

Ramadhan Rahmat

BULAN Ramadan adalah bulan rahmat.
Biasa sangat kita sebut perkataan rahmat ada orang yang faham dan ada juga yang tidak faham. Kesempatan bulan rahmat ini mari kita sama menyelami makna rahmat.
Dalam bahasa Arab makna rahmat antaranya lembut hati, lembutnya laksana tanah yang lembut mudah menyerap air dan kemudian membekalkannya kepada tumbuhan untuk hidup dan subur.
Begitulah bandingannya orang yang mendapat rahmat hati yang lembut menjadi subur menerima benih iman kemudian tumbuh daripadanya pokok takwa yang buahnya ialah ibadat dan amal soleh serta akhlak terpuji.
Rahmat juga bermaksud melakukan kebaikan lebih banyak daripada apa yang kita dapat. Orang yang mendapat rahmat ialah orang yang pandai bersyukur.
Orang yang mendapat rahmat mereka bukan sahaja berbuat baik kepada orang berbuat baik kepadanya malah berbuat baik juga kepada mereka yang berjahat.
Perkataan rahmat disebut sebanyak 113 kali dalam al-Quran dan tujuan kedatangan rasul “rahmatan lil alamin”.
Hati yang dapat rahmat ialah hati yang menyintai Allah.
Bila Allah sudah dicintai segala suruhan-Nya akan mudah dilakukan. Kan begitu orang kalau dah bercinta yang seronok memang seronok malah yang kurang seronok pun akan jadi seronok.
Solat jadi seronok, puasa walaupun laparnya luar biasa tetapi dilakukan dengan tabah. Itulah tanda dapat rahmat.
Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran. Dalam al-Quran perkataan rahmat juga sering kali sangat digandingkan dengan al-Quran.
Jadi, untuk mendapat rahmat juga dengan mendampingi al-Quran dengan membaca, meneliti, memahami kemudian melaksanakannya.
Bagaimanalah hendak dapat rahmat kalau baca pun tidak suka, kalau baca pun banyak salah. Jika baca betul, belum tentu faham. Kalau faham, tafsirnya pula tidak tahu. Sudah faham ayat tetapi kadangkala tidak buat pula.
Tanda lain untuk dapat rahmat ialah mereka yang berbuat baik pada dua ibu bapa. Caranya ialah mentaati perintahnya, gembirakan mereka berdua, tunaikan segala hajatnya selagi mampu, penuhi keperluannya jangan sekali menyakitinya, malah sentiasa berdoa semasa hidupnya atau matinya.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Redha Allah akan bersama dengan redha ibu bapa.”
Pendek kata rahmat ialah segala kebaikan dan daripada kebaikan itu lahirlah ketaatan. Di bulan yang mulia ini marilah beramal dengan sebaiknya agar bila berlalu sahaja Ramadan kita mendapat takwa yang merupakan mercu tanda ikhlas.

kelebihan bersahur

Hadith :Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”(al-Bukhari dan Muslim)HuraianUmat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

rahsia wanita

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.Tanah - anak pertama, kelima, kesembilanAir - kedua, Keenam, kesepuluhApi - ketiga, ketujuh, kesebelasAngin - keempat, kelapan, kedua-belasWanita berunsur TanahTanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.Wanita berunsurkan AirAir sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.Wanita yang berunsurkan ApiApi sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.Penasihat yang baik kepada suami.Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.Wanita berunsur AnginAngin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.Mudah disukai ramaiTidak suka membantah, malah cukup mendengar kata

adat bersahabat

1- Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian, maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
2- Menolong sahabat dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong.
3- Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
4- Menutup keaiban sahabatnya.
5- Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya.
6- Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.
7- Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.
8- Meninggalkan perbalahan dengan sahabatnya aka tak gaduh-gaduh dengan beliau.
9- Memanggil sahabatnya dengan nama yang sangat disukainya.
10- Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
11- Berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.
12- Menegah orang lain yang ingin mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri.
13- Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan halus apabila dia ingin menasihati sahabatnya.
14- Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya,maka janganlah dia mencelanya.
15- Mendoakan sahabatnya ketika dia duduk bersendirian,ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah dia meninggal dunia.
16- Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematiannya.
17- Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah dia meringankannya supaya sahabatnya bersenang hati.
18- Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yng menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
19- Menyamakan hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yng nampak di luar,maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
20- Memulakan memberi salam ketika dia menemui sahabatnya.
21- Meluaskan tempat duduknya untuk sahabatnya ketika di majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yang lain jika dia tak dapat berbuat demikian.
22- Hendaklah dia bangun menghantarkan sahabatnya itu (sehingga samapai ke pintu rumahnya) ketika sahabatnya itu keluar dari rumahnya.
23- Hendaklah dia berdiam diri ketika sahabatnya bercakap-cakap sehinggga dia selesai dari percakapannya dan janganlah dia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.

Ringkasnya, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya dengan cara yang dia sukai jika orang lain bermuamalah dengannya. Maka, jika sesiapa yang tidak mencintai sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan itu masih tidak ikhlas dan mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Inilah adab-adab yang mesti anda jaga pada hak saudara andayng anda gelarkan sebagai sahabat.

sewaktu bersujud

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.

Katakanlah apasahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullahs. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dandoa didalamnya.Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseoranghamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamumemperbanyakkan doa di dalamnya."Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunyayang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhirdalam solat."Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yangbenar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar."Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atausekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allahdunia dan akhirat.Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairankerana lamanya baginda bersujud.Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalamsabdanya yang bermaksud:-"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di harikiamat"Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenalimereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasukioleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekorkuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnyapada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkanmereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu')putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"KEISTIMEWAANNYA------------ ---------Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a. w. bersabda yang bermaksud:-"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli nerakayang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkanorang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan merekadikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegahneraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluardari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selainbekas sujud"Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujudmendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudahtentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hambayang benar-benar mendapat rahmat.Wassalam

Saturday, September 5, 2009

Taubat

Hidup tak ubahnya seperti menelusuri jalan setapak yang becek di tepian sungai nan jernih. Kadang orang tak sadar kalau lumpur yang melekat di kaki, tangan, badan, dan mungkin kepala bisa dibersihkan dengan air sungai tersebut.
Boleh jadi, kesadaran itu sengaja ditunda hingga tujuan tercapai.Tak ada manusia yang bersih dari salah dan dosa. Selalu saja ada debu-debu lalai yang melekat. Sedemikian lembutnya, terlekatnya debu kerap berlarut-larut tanpa terasa. Di luar dugaan, debu sudah berubah menjadi kotoran pekat yang menutup hampir seluruh tubuh.Itulah keadaan yang kerap melekat pada diri manusia.
Diamnya seorang manusia saja bisa memunculkan salah dan dosa. Terlebih ketika peran sudah merambah banyak sisi: keluarga, masyarakat, tempat kerja, organisasi, dan pergaulan sesama teman. Setidaknya, akan ada gesekan atau kekeliruan yang mungkin teranggap kecil, tapi berdampak besar.Belum lagi ketika kekeliruan tidak lagi bersinggungan secara horisontal atau sesama manusia.
Melainkan sudah mulai menyentuh pada kebijakan dan keadilan Allah swt. Kekeliruan jenis ini mungkin saja tercetus tanpa sadar, terkesan ringan tanpa dosa; padahal punya delik besar di sisi Allah swt.Rasulullah saw. pernah menyampaikan nasihat tersebut melalui Abu Hurairah r.a. “Segeralah melalukan amal saleh. Akan terjadi fitnah besar bagaikan gelap malam yang sangat gulita. Ketika itu, seorang beriman di pagi hari, tiba-tiba kafir di sore hari. Beriman di sore hari, tiba-tiba kafir di pagi hari. Mereka menukar agama karena sedikit keuntungan dunia.” (HR. Muslim)
Saatnyalah seseorang merenungi diri untuk senantiasa minta ampunan Allah swt. Menyadari bahwa siapa pun yang bernama manusia punya kelemahan, kekhilafan. Dan istighfar atau permohonan ampunan bukan sesuatu yang musiman dan jarang-jarang. Harus terbangun taubat yang sungguh-sungguh.Secara bahasa, taubat berarti kembali. Kembali kepada kebenaran yang dilegalkan Allah swt. dan diajarkan Rasulullah saw.
Taubat merupakan upaya seorang hamba menyesali dan meninggalkan perbuatan dosa yang pernah dilakukan selama ini.Rasulullah saw. pernah ditanya seorang sahabat, “Apakah penyesalan itu taubat?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” (HR. Ibnu Majah) Amr bin Ala pernah mengatakan, “Taubat nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu mencintainya.”Taubat dari segala kesalahan tidak membuat seorang manusia terhina di hadapan Tuhannya. Justru, akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya.
Karena Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al-Baqarah: 222)Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara. Pintu taubat selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy..ari. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat.”Karena itu, merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampaui batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka. Dan sungguh, Allah akan mengampuni dosa-dosa semuanya karena Dialah yang Maha Pengampun lagi Penyayang.
Orang yang mengulur-ulur saatnya bertaubat tergolong sebagai Al-Musawwif. Orang model ini selalu mengatakan, “Besok saya akan taubat.” Ibnu Abas r.a. meriwayatkan, berkata Nabi saw. “Binasalah orang-orang yang melambat-lambatkan taubat (musawwifuun).” Dalam surat Al-Hujurat ayat 21, Allah swt. berfirman, “Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim.“Abu Bakar pernah mendengar ucapan Rasulullah saw., “Iblis berkata, aku hancurkan manusia dengan dosa-dosa dan dengan bermacam-macam perbuatan durhaka. Sementara mereka menghancurkan aku dengan Laa ilaaha illaahu dan istighfar. Tatkala aku mengetahui yang demikian itu aku hancurkan mereka dengan hawa nafsu, dan mereka mengira dirinya berpetunjuk.”Namun, taubat seorang hamba Allah tidak cuma sekadar taubat.
Bukan taubat kambuhan yang sangat bergantung pada cuaca hidup. Pagi taubat, sore maksiat. Sore taubat, pagi maksiat. Sedikit rezeki langsung taubat. Banyak rezeki kembali maksiat.Taubat yang selayaknya dilakukan seorang hamba Allah yang ikhlas adalah dengan taubat yang tidak setengah-setengah. Benar-benar sebagai taubat nasuha, atau taubat yang sungguh-sungguh.Karena itu, ada syarat buat taubat nasuha. Antara lain, segera meninggalkan dosa dan maksiat, menyesali dengan penuh kesadaran segala dosa dan maksiat yang telah dilakukan, bertekad untuk tidak akan mengulangi dosa.Selain itu, para ulama menambahkan syarat lain. Selain bersih dari kebiasaan dosa, orang yang bertaubat mesti mengembalikan hak-hak orang yang pernah dizalimi. Ia juga bersegera menunaikan semua kewajiban-kewajibannya terhadap Allah swt. Bahkan, membersihkan segala lemak dan daging yang tumbuh di dalam dirinya dari barang yang haram dengan senantiasa melakukan ibadah dan mujahadah.Hanya Alahlah yang tahu, apakah benar seseorang telah taubat dengan sungguh-sungguh.
Manusia hanya bisa melihat dan merasakan dampak dari orang-orang yang taubat. Benarkah ia sudah meminta maaf, mengembalikan hak-hak orang yang pernah terzalimi, membangun kehidupan baru yang Islami, dan hal-hal baik lain. Atau, taubat hanya hiasan bibir yang terucap tanpa beban.Hidup memang seperti menelusuri jalan setapak yang berlumpur dan licin. Segeralah mencuci kaki ketika kotoran mulai melekat. Agar risiko jatuh berpeluang kecil. Dan berhati-hatilah, karena tak selamanya jalan mendatar.

cinta menurut alqur an

"Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa ..abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I..tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.2. Cinta rahmah Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.3. Cinta mail Adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, Yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra..fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).6. Cinta shobwah, Yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif ..anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al ..Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi8. Cinta kulfah. Yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus..aha (Q/2:286)"P/s : Moga cintaku selepas ini adalah cinta yang di redhai Allah dan kerana Allah. Amin.

nama syaitan dalam fatihah

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.Nama syaitan;1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NASSIROTHOLLAZI ............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA dua harakat, MIN 3 harakat.semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.