Tuesday, February 16, 2010

SEKOLAH KLUSTER

Latar Belakang
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Sekolah melonjakkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan Malaysia
Definisi
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Tujun
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia
Pelaksanaan
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah ;
• Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia• Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.• Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksana sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.
Kriteria Pemilihan Sekolah Kluster
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut :
• Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.• Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.• Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menegah Pendidikan Khas(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV).• Sekolah Antarabangsa dan Sekolah swasta• Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
• Prasyarat Pertama- Pengukuhan Standard Sekolah• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)• Prasyarat Kedua• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)• Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
- SBP : GPS 2.5 dan ke bawah- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah- SMT : GPS 4.0 dan ke bawah- sm Harian : gps 4.0 dan ke bawah
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)• Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau• GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat pemilihan
• Kecemerlangan murid dalam aspek :
i) Akademikii) Kokurikulumiii) Sahsiah
• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti• Pengurusan pengajian dan pembelajaran yang berkesan• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan• Keberkesanan pelaksanaan program KPM• Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilih adalah seperti berikut ;
• Langkah 1: Penerimaan pencalonan• Langkah 2: Penilaian menggunakan instrument SKPM dan Annex• Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster• Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-Hal Profesional• Langkah 5 : Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat• Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
Pengurusan Sekolah Kluster
Pemimpin sekolah kluster ialah :
• Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)• Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang• Jawatan : school-based post
Guru-guru sekolah kluster pula :
• Memenuhi criteria Guru Cemerlang• Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster• Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan• Nisbah kelas : guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster :
• Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada• Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah• Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah
• Berpandukan
Key Performance Indicator (KPI)
i) pengurusan sumber manusia dan fizikalii) sumber kewanganiii) pembangunan profesionalisme stafiv) program kurikulum dan kurikulum berkesanv) lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah
Autonomi Sekolah :
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berikut :
• Umum (untuk semua sekolah)• Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada :
• Pematuhan piawai yang berikut:
i) Akta Pendidikan 1996ii) Sistem Pendidikan Kebangsaaniii) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat siaraniv) SKPM
Senarai Bidang Autonomi
i) Pengurusan Sekolahii) Pengurusan Sumber Manusiaiii) Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikaliv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulumv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

No comments:

Post a Comment