Thursday, August 20, 2009

Cara Mandi Junub

seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan terperinci
dan syarat-syarat sah serta wajibnya?

Mandi junub adalah mandi hadas besar hukumnya adalah wajib.

Apabila sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku di atas diri seseorang, maka wajiblah ia mandi. Perkara yang mewajibkan mandi seperti keluar mani, berjimak, keluar haid dan nifas, serta wiladah.

Rukun mandi junub itu ada dua.

Pertama, Niat disertakan dengan permulaan yang dibasuh daripada anggota badan. Lafaz niatnya "Sahaja aku mandi daripada hadas besar dari sekalian tubuhku fardhu kerana Allah Ta'ala.

Kedua, meratakan air kepada seluruh badan. Sekiranya air itu tidak meratai ke seluruh badan disebabkan ada yang menghalangi sampai air kepadanya, seperti lilin atau minyak atau lainnya maka perlu membasuhnya kembali. Banyak perkara-perkara sunat yang dilakukan Rasulullah dalam mengerjakan mandi junub ini namun segala garis besar dapat dilakukan menurut rukun mandi junub seperti yang di jelaskan di atas.

No comments:

Post a Comment