Monday, September 7, 2009

sewaktu bersujud

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.

Katakanlah apasahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullahs. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dandoa didalamnya.Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseoranghamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamumemperbanyakkan doa di dalamnya."Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunyayang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhirdalam solat."Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yangbenar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar."Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atausekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allahdunia dan akhirat.Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairankerana lamanya baginda bersujud.Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalamsabdanya yang bermaksud:-"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di harikiamat"Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenalimereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasukioleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekorkuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnyapada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkanmereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu')putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"KEISTIMEWAANNYA------------ ---------Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a. w. bersabda yang bermaksud:-"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli nerakayang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkanorang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan merekadikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegahneraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluardari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selainbekas sujud"Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujudmendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudahtentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hambayang benar-benar mendapat rahmat.Wassalam

No comments:

Post a Comment