Sunday, November 8, 2009

Malu

Dari Abi Masud Aqobah bin amru Alansari r.a.h. katanya..

Rasulallah w.a.s. bersabda bahawanya setengah yang didapati manusia dari perkataan yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki. Diriwayatkan oleh Bokhari.

Hadith ni walaupun ringkas tetapi kemas. Orng yg bersopan tidak akan berbuat sesuatu yang memalukan, sebab orang yang supan orang yang malu. Malu adalah adap dan tatatertib dunia dan agama sejak dari syariat para rasul2 dan nabi2 yg terdahulu.

Semata-mata memberitahu siapa saja yang tidak ada perasaan malu kerjakanlah apa yang dikehendaki, kerana perkara yang menegahkannya adalah malu.

Malu juga perasaan yg mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yg keji dan melaksanakan segala yg terpuji. Sumbarnya adalah dari hati atau dari jiwa yang sedar nilai diri yang percaya kepada pengawasan ilahi atas gerak gerinya yg menyebbkan terpelihara zahir dan batin dari segala perbuatan dan unsur2 yang membawa kpd kemurkaan Allah.


Tidak malu bererti tidak sopan, tidak beradab, tidak berbudi pekerti dan tidak mempunya tata tertib. Jika tidak ada semua ini, segala suatu boleh dibuat tanpa menghitung apa akan jadi, malahan biar sajalah apa akibatnya nanti.

Agama Islam amat mengutamakan peradabaik dalm ibadah, dlm pergaulan, dlm mesjid maupun dalam perhimpunan dan dalam segala tempat. Di antara peradaban itu ialah memelihara kesupanan perbadi menurut ertikata tidak mahu menempatkan suatu yang memalukan atau yg merendahkan maruah atau mengerjakan perkara2 yg terlarang atau yg tidak sesuai dgn kedudukan diri. Manakala ketiadaan memeliharaan ini menyebabkan seseorang tidak lagi mempunyai nilai hidup yg sebenarnya. Apalah erti hidup kalau seorang itu tidak menganggap malu itu satu perasaan yang amat berpengaruh atas dirinya hingga kerananya ia tidak mempunyai lagi rasa malu kpd Allah dan kpd manusia dalam masyarakatnya. Pada hal malu sebagaimana yg ditegaskan Rasulallah tidak mendatangi melainkan dgn yg baik belaka. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment