Wednesday, December 9, 2009

budaya dan tamadun

Definisi Tamadun - berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.

Pandangan Barat

- M.A.J Beg – pencapaian manusia – kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik
- Edward L. Farmer – satu unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
- Arnold J. Toynbee – suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.




Pengertian Tamadun Secara Umum
Satu konsep yang luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat/negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam.

Ciri-ciri Tamadun
- Kemajuan teknologi
- Sistem pemerintahan yang teratur
- Urbanisasi yang terancang
- Kewujudan organisasi sosial yang teratur
- Sistem kepercayaan sebagai pegangan
- Budaya dan kesenian
- Sistem tulisan dan bahasa


Perkembangan Tamadun
- Faktor geografi
- Kedudukan yang strategic
- Factor agama
- Pengamalan nilai moral
- Kesengsaraan hidup
- Interaksi antara tamadun
- Peperangan


Keruntuhan Tamadun
- Pemerintahan yang lalai
- Pengaruh luar
- Bencana alam

Interaksi Antara Tamadun
Interaksi antara tamadun berlaku melalui
a) Peminjaman
b) Pemerintahan
c) Perdagangan
d) Perkembangan ilmu pengetahuan
e) Persaingan kuasa



Perbandingan Antara Tamadun
Perbandingan antara tamadun dibuat untuk melihat perbezaan pencapaian setiap tamadun dan untuk membezakan antara tamadun (pengenalan tamadun melalui budaya).
a) Agama
b) Budaya
c) Kerajaan/sistem pemerintahan
d) Masyarakat
e) Ekonomi


Tamadun-tamadun yang awal
a) Mesopotamia
b) Mesir
c) India
d) China
e) Arab
f) Eropah
g) Melayu



KONSEP BUDAYA

E.B. Tylor – merujuk kepada ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat resam.

Malinowsky – dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture” –mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.

Budaya – budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan – sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya.

Budaya secara umum – cara/gaya hidup sesebuah masyarakat/bangsa. Ia meliputi semua aktiviti harian manusia. Ia juga berperanan membezakan antara bangsa-bangsa tertentu.




Kesimpulan
Secara umumnya setiap tamadun mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan ciri-ciri itulah yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya. Walaubagaimanapun, pertembungan antara tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai yang ada pada sesuatu tamadun.


Kajian Kes
1. Pada hari ini, dapat dilihat beberapa buah negara dengan senang dapat digulingkan dan ditakluki oleh negara-negara yang lebih besar dan berkuasa. Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia sebagai sebuah negara Asia (negara yang telah bertamadun) hendak memelihara kedaulatan dan jati diri negara ini daripada ditakluki dan dijajah oleh kuasa-kuasa tertentu. (sila rujuk nota perkembangan tamadun dan keruntuhan tamadun, dan pertembungan antara tamadun).
2. Bincangkan kota sebagai pusat perkembangan peradaban di Malaysia.


Rujukan
Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (ed), Tamadun Dunia, Siri Sejarah Fajar Bakti, Shah Alam, 1999.
Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn. Bhd., 2000.
Norani Othman, Sumit K. Mandal (ed), Malaysia Menangani Globalisasi, Peserta atau Mangsa, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000.

No comments:

Post a Comment